Imbas Kod QR menggunakan telefon pintar anda

LAMAN WEB JHEWA
WISE
Sabah Crest

JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat

Bersama Mencapai Kecemerlangan

Sabah Crest

JHEWA logo

MPWS logo

JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat

Bersama Mencapai Kecemerlangan

Pendaftaran Ibu Tunggal

Ibu Tunggal adalah dialu-alaukan untuk mendaftar secara online di dalam Sistem Maklumat Wanita di pautan ini https://wise.sabah.gov.my

 

Berikut adalah kategori Ibu Tunggal dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pengesahan status;

1. Balu (kematian suami) - Sijil Mati Suami dan Sijil Kahwin / Sijil Lahir Anak

2. Penceraian - Sijil Penceraian

3. Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah - Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah

4. Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat - Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah dan Sijil Lahir Anak / Surat Pengangkatan Anak

5. Mempunyai suami sakit kronik - Sijil Kahwin dan Surat Akuan Suami Sakit Kronik daripada Hospital Kerajaan

 

Sila  muat naik lampiran No. Kad Pengenalan Ibu Tunggal (Muka depan dan belakang) dan dokumen sokongan kategori Ibu Tunggal yang telah dinyatakan di dalam sistem. Pendaftaran tanpa dokumen sokongan tidak akan diproses. Terima kasih atas kerjasama anda.