Laman Web Rasmi
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
Sabah Women's Affairs Department
Bersama Mencapai Kecemerlangan

Sejarah

  • Unit Hal Ehwal Wanita Sabah (UHEWS) ditubuhkan pada 20 Jun 1988 melalui keputusan Jemaah Menteri, Kertas Kabinet No. 48/88 tahun 1988
  • UHEWS ditubuh sebagai urus setia dan jentera pelaksana kepada Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) untuk menyatukan usaha-usaha pembangunan wanita di negeri Sabah
  • UHEWS diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri pada 1988 dan kemudiannya di letakkan di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (KPMHEP) yang kini dikenali Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KKKR) pada tahun 2001
  • Pada tahun 2003, UHEWS telah dinaikkan taraf sebagai sebuah jabatan dan dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA)