Laman Web Rasmi
JABATAN HAL EHWAL WANITA SABAH
Sabah Women's Affairs Department
Bersama Mencapai Kecemerlangan

Persidangan Wanita Berwibawa

Persidangan Wanita Berwibawa telah diadakan pada 22 November 2013 (Jumaat) bertempat di Auditorium Perpustakaan Cawangan Tawau, Sabah. Persidangan ini merupakan persidangan kali kelima yang diadakan di luar Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah Tahun 2013 bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah dan Jawatankuasa Pendidikan, Majlis Penasihat Wanita Sabah dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Peringkat Parlimen Tawau, Majlis Perbandaran Tawau, PEWANIS Tawau dan kolej  SIDMA.

Persidangan ini di rasmikan oleh YB Datuk Jainab DSP Haji Ahmad Ayid, menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah. Dengan bertemakan "Menjiwai Saripati Wanita Berwibawa", persidangan ini bertujuan untuk menambah ilmu kepimpinan wanita melalui perkongsian pengalaman, pendapat/pandangan mengenai ciri-ciri wanita berwibawa dan memotivasikan wanita dalam bidang dan kepimpinan sebagai pendorong kearah pencapaian status Wanita Berwibawa.

Dua penceramah jemputan iaitu Prof.Madya Dr. Fatimah Haji Bujang (UiTM Sarawak) dan Prof. Madya Hajah Rosdiana Haji Sukardi (UiTM) dan untuk sesi forum panel jemputan forum adalah puan Faradillah Haji Abdul Rani (Pengarah Pengurusan Perhubungan Awam DBKK), Puan Doria Tai Yun Tyng (Ketua Penolong Pengarah Pembangunan dan Pengurusan Geospatial Jabatan Tanah dan Ukur) dan Cik Nazliah Ali (Setiausaha Sulit YB Datu Mary Yap Kain Ching dan juga merupakan Ketua Pergerakkan Puteri UMNO P.190 Tawau).

News date: 
Friday, November 22, 2013